Selasa, 02 Agustus 2011

Kisah Imam Hanafi (80H-150H)

Imam Hanafi dilahirkan pada
tahun 80 Hijrah bertepatan
tahun 699 Masehi di sebuah
kota bernama Kufah. Nama
yang sebenarnya ialah Nu’man
bin Tsabit bin Zautha bin
Maha. Kemudian masyhur
dengan gelaran Imam Hanafi.
Imam Abu Hanafih adalah
seorang imam Mazhab yang
besar dalam dunia Islam.
Dalam empat mazhab yang
terkenal tersebut hanya Imam
Hanafi yang bukan orang
Arab. Beliau keturunan Persia
atau disebut juga dengan
bangsa Ajam. Pendirian beliau
sama dengan pendirian imam
yang lain, iaitu sama-sama
menegakkan Al-Quran dan
sunnah Nabi SAW.
Kemasyhuran nama tersebut
menurut para ahli sejarah ada
beberapa sebab:
1. Kerana ia mempunyai
seorang anak laki-laki yang
bernama Hanifah, maka ia
diberi julukan dengan Abu
Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya
sangat tekun belajar dan
menghayati setiap yang
dipelajarinya, maka ia
dianggap seorang yang hanif
(kecenderungan/condong)
pada agama. Itulah sebabnya
ia masyhur dengan gelaran
Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia,
Hanifah bererti tinta. Imam
Hanafi sangat rajin menulis
hadith-hadith, ke mana, ia
pergi selalu membawa tinta.
Kerana itu ia dinamakan Abu
Hanifah.
Waktu ia dilahirkan,
pemerintahan Islam berada di
tangan Abdul Malik bin
Marwan, dari keturunan Bani
Umaiyyah kelima. Kepandaian
Imam Hanafi tidak diragukan
lagi, beliau mengerti betul
tentang ilmu fiqih, ilmu
tauhid, ilmu kalam, dan juga
ilmu hadith. Di samping itu
beliau juga pandai dalam ilmu
kesusasteraan dan hikmah.
Imam Hanafi adalah seorang
hamba Allah yang bertakwa
dan soleh, seluruh waktunya
lebih banyak diisi dengan amal
ibadah. Jika beliau berdoa
matanya bercucuran air mata
demi mengharapkan
keredhaan Allah SWT.
Walaupun demikian orang-
orang yang berjiwa jahat
selalu berusaha untuk
menganiaya beliau.
Sifat keberanian beliau adalah
berani menegakkan dan
mempertahankan kebenaran.
Untuk kebenaran ia tidak
takut sengsara atau apa
bahaya yang akan
diterimanya. Dengan
keberaniannya itu beliau
selalu mencegah orang-orang
yang melakukan perbuatan
mungkar, kerana menurut
Imam Hanafi kalau
kemungkaran itu tidak
dicegah, bukan orang yang
berbuat kejahatan itu saja
yang akan merasakan
akibatnya, melainkan
semuanya, termasuk orang-
orang yang baik yang ada di
tempat tersebut
Sebahagian dilukiskan dalam
sebuah hadith Rasulullah SAW
bahawa bumi ini
diumpamakan sebuah bahtera
yang didiami oleh dua
kumpulan. Kumpulan pertama
adalah terdiri orang-orang
yang baik-baik sementara
kumpulan kedua terdiri dari
yang jahat-jahat. Kalau
kumpulan jahat ini mahu
merosak bahtera dan
kumpulan baik itu tidak mahu
mencegahnya, maka seluruh
penghuni bahtera itu akan
binasa. Tetapi sebaliknya jika
kumpulan yang baik itu mahu
mencegah perbuatan orang-
orang yang mahu membuat
kerosakan di atas bahtera itu,
maka semuanya akan
selamat.
Sifat Imam Hanafi yang lain
adalah menolak kedudukan
tinggi yang diberikan
pemerintah kepadanya. Ia
menolak pangkat dan
menolak wang yang dibelikan
kepadanya. Akibat dari
penolakannya itu ia ditangkap
dan dimasukkan ke dalam
penjara. Di dalam penjara ia
diseksa, dipukul dan
sebagainya.
Gubernur di Iraq pada waktu
itu berada di tangan Yazid bin
Hurairah Al-Fazzari. Selaku
pemimpin ia tentu dapat
mengangkat dan
memberhentikan pegawai
yang berada di bawah
kekuasaannya. Pernah pada
suatu ketika Imam Hanafi
akan diangkat menjadi ketua
urusan perbendaharan negara
(Baitul mal), tetapi
pengangkatan itu ditolaknya.
Ia tidak mahu menerima
kedudukan tinggi tersebut.
Sampai berulang kali Gabenor
Yazid menawarkan pangkat
itu kepadanya, namun tetap
ditolaknya.
Pada waktu yang lain Gabenor
Yazid menawarkan pangkat
Kadi (hakim) tetapi juga
ditolaknya. Rupanya Yazid
tidak senang melihat sikap
Imam Hanafi tersebut. Seolah-
olah Imam Hanafi memusuhi
pemerintah, kerana itu timbul
rasa curiganya. Oleh kerana
itu ia diselidiki dan diancam
akan dihukum dengan hukum
dera. Ketika Imam Hanafi
mendengar kata ancaman
hukum dera itu Imam Hanafi
menjawab: “Demi Allah, aku
tidak akan mengerjakan
jabatan yang ditawarkan
kepadaku, sekalipun aku akan
dibunuh oleh pihak kerajaan.”
Demikian beraninya Imam
Hanafi dalam menegakkan
pendirian hidupnya.
Pada suatu hari Yazid
memanggil para alim ulama
ahli fiqih yang terkemuka di
Iraq, dikumpulkan di muka
istananya. Di antara mereka
yang datang ketika itu adalah
Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah,
Daud bin Abi Hind dan lain-
lain. Kepada mereka, masing-
masing diberi kedudukan
rasmi oleh Gabenor.
Ketika itu gabenor
menetapkan Imam Hanafi
menjadi Pengetua jawatan
Sekretari gabenor. Tugasnya
adalah bertanggungjawab
terhadap keluar masuk wang
negara. Gabenor dalam
memutuskan jabatan itu
disertai dengan sumpah, “Jika
Abu Hanifah tidak menerima
pangkat itu nescaya ia akan
dihukum dengan pukulan.”
Walaupun ada ancaman
seperti itu, Imam Hanafi tetap
menolak jawatan itu, bahkan
ia tetap tegas, bahawa ia
tidak mahu menjadi pegawai
kerajaan dan tidak mahu
campur tangan dalam urusan
negara.
Kerana sikapnya itu, akhirnya
ditangkap oleh gabenor.
Kemudian dimasukkan ke
dalam penjara selama dua
minggu, dengan tidak dipukul.
Lima belas hari kemudian
baru dipukul sebanyak 14 kali
pukulan, setelah itu baru
dibebaskan. Beberapa hari
sesudah itu gabenor
menawarkan menjadi kadi,
juga ditolaknya. Kemudian
ditangkap lagi dan dijatuhi
hukuman dera sebanyak 110
kali. Setiap hari didera
sebanyak sepuluh kali
pukulan. Namun demikian
Imam Hanafi tetap dengan
pendiriannya. Sampai ia
dilepaskan kembali setelah
cukup 110 kali cambukan.
Walaupun demikian ketika
Imam Hanafi diseksa ia
sempat berkata. “Hukuman
dera di dunia lebih ringan
daripada hukuman neraka di
akhirat nanti.” Ketika ia
berusia lebih dari 50 tahun,
ketua negara ketika itu
berada di tangan Marwan bin
Muhammad. Imam Hanafi juga
menerima ujian. Kemudian
pada tahun 132 H sesudah dua
tahun dari hukuman tadi
terjadilah pergantian pimpinan
negara, dari keturunan
Umaiyyah ke tangan
Abbasiyyah, ketua negaranya
bernama Abu Abbas as Saffah.
Pada tahun 132 H sesudah Abu
Abbas meninggal dunia diganti
dengan ketua negara yang
baru bernama Abi Jaafar Al-
Mansur, saudara muda dari
Abul Abbas as Saffah. Ketika
itu Imam Abu Hanifah telah
berumur 56 tahun. Namanya
masih tetap harum sebagai
ulama besar yang disegani.
Ahli fikir yang cepat dapat
menyelesaikan sesuatu
persoalan.
Suatu hari Imam Hanafi
mendapat panggilan dari
baginda Al-Mansur di
Baghdad, supaya ia datang
mengadap ke istana.
Sesampainya ia di istana
Baghdad ia ditetapkan oleh
baginda menjadi kadi (hakim)
kerajaan Baghdad. Dengan
tawaran tersebut, salah
seorang pegawai negara
bertanya: “Adakah guru tetap
akan menolak kedudukan baik
itu?” Dijawab oleh Imam
Hanafi “Amirul mukminin
lebih kuat membayar kifarat
sumpahnya daripada saya
membayar sumpah saya.”
Kerana ia masih tetap
menolak, maka diperintahkan
kepada pengawal untuk
menangkapnya, kemudian
dimasukkan ke dalam penjara
di Baghdad. Pada saat itu para
ulama yang terkemuka di
Kufah ada tiga orang. Salah
satu di antaranya ialah Imam
Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak
pemerintahan Abu Abbas as
Saffah telah menjadi mufti
kerajaan untuk kota Kufah.
Kerana sikap Imam Hanafi itu,
Imam Abi Laila pun dilarang
memberi fatwa.
Pada suatu hari Imam Hanafi
dikeluarkan dari penjara
kerana mendapat panggilan
dari Al-Mansur, tetapi ia tetap
menolak. Baginda bertanya,
“Apakah engkau telah suka
dalam keadaan seperti ini?”
Dijawab oleh Imam Hanafi:
“Wahai Amirul Mukminin
semoga Allah memperbaiki
Amirul Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin,
takutlah kepada Allah,
janganlah bersekutu dalam
kepercayaan dengan orang
yang tidak takut kepada
Allah. Demi Allah saya
bukanlah orang yang boleh
dipercayai di waktu tenang,
maka bagaimana saya akan
dipercayai di waktu marah,
sungguh saya tidak sepatutnya
diberi jawatan itu.”
Baginda berkata lagi: “Kamu
berdusta, kamu patut dan
sesuai memegang jawatan
itu.” Dijawab oleh Imam
Hanafi: “Amirul Mukminin,
sungguh baginda telah
menetapkan sendiri, jika saya
benar, saya telah menyatakan
bahawa saya tidak patut
memegang jawatan itu. Jika
saya berdusta, maka
bagaimana baginda akan
mengangkat seorang maulana
yang dipandang rendah oleh
bangsa Arab. Bangsa Arab
tidak akan rela diadili seorang
golongan hakim seperti saya.”
Pernah juga terjadi, baginda
Abu Jaffar Al-Mansur
memanggil tiga orang ulama
besar ke istananya, iaitu Imam
Abu Hanifah, Imam Sufyan ats
Tauri dan Imam Syarik an
Nakhaei. Setelah mereka
hadir di istana, maka
ketiganya ditetapkan untuk
menduduki pangkat yang
cukup tinggi dalam
kenegaraan, masing-masing
diberi surat pelantikan
tersebut.
Imam Sufyan ats Tauri
diangkat menjadi kadi di Kota
Basrah, lmam Syarik diangkat
menjadi kadi di ibu kota.
Adapun Imam Hanafi tidak
mahu menerima
pengangkatan itu di manapun
ia diletakkan. Pengangkatan
itu disertai dengan ancaman
bahawa siapa saja yang tidak
mahu menerima jawatan itu
akan didera sebanyak l00 kali
deraan.
Imam Syarik menerima
jawatan itu, tetapi Imam
Sufyan tidak mahu
menerimanya, kemudian ia
melarikan diri ke Yaman.
Imam Abu Hanifah juga tidak
mahu menerimanya dan tidak
pula berusaha melarikan diri.
Oleh sebab itu Imam Abu
Hanifah dimasukkan kembali
ke dalam penjara dan dijatuhi
hukuman sebanyak 100 kali
dera. Setiap pagi dipukul
dengan cambuk sementara
dileher beliau dikalung
dengan rantai besi yang berat.
Suatu kali Imam Hanafi
dipanggil baginda untuk
mengadapnya. Setelah tiba di
depan baginda, lalu diberinya
segelas air yang berisi racun.
Ia dipaksa meminumnya.
Setelah diminum air yang
beracun itu Imam Hanafi
kembali dimasukkan ke dalam
penjara. Imam Hanafi wafat
dalam keadaan menderita di
penjara ketika itu ia berusia
70 tahun.
Imam Hanafi menolak semua
tawaran yang diberikan oleh
kerajaan daulah Umaiyyah
dan Abbasiyah adalah kerana
beliau tidak sesuai dengan
corak pemerintahan yang
mereka kendalikan. Oleh
sebab itu mereka berusaha
mengajak Imam Hanafi untuk
bekerjasama mengikut gerak
langkah mereka, dan akhirnya
mereka seksa hingga
meninggal, kerana Imam
Hanafi menolak semua
tawaran yang mereka
berikan.
Sepanjang riwayat hidupnya,
beliau tidak dikenal dalam
mengarang kitab. Tetapi
madzab beliau Imam Abu
Hanifah atau madzab Hanafi
disebar luaskan oleh murid-
murid beliau. Demikian juga
fatwa-fatwa beliau dituliskan
dalam kitab-kitab fikih oleh
para murid dan pengikut
beliau sehingga madzab
Hanafi menjadi terkenal dan
sampai saat ini dikenal
sebagai salah satu madzab
yang empat. Di antara murid
beliau yang terkenal adalah
Muhammad bin Al-Hassan Al-
Shaibani, yang merupakan
guru dari Imam Syafi’iy.
sumber: http://
www.geocities.com/Athens/
Acropolis/9672/imam4.htm

Tidak ada komentar: